Menu Masakan


Spaghetti Con Pomodorini bersama Tomato Ceri



Bahan-bahan:
·         200g spaghetti
·         450g tomato ceri
·         3 ulas besar bawang putih dihiris
·         Garam
·         Lada Hitam
·         1 cili kering dihiris (pilihan untuk pedas)
·         Minyak zaitun
·         Secekak daun selasih
·         Keju Parmesan untuk hidangan

Cara penyediaan:
1.       Panas oven 150°c. tomato dibelah dua dan dimasukkan ke dalam Loyang, taburkan bawang putih serta garam secukup rasa.
*bakar selama 1 ¼ jam sehingga kering tetapi masih lembab di dalam.
2.      Masak spaghetti di dalam air yang dicampur garam selama 10minit sehingga masak tetapi jangan terlalu lembik
3.      Jika mahu pedas, goring cili bersama minyak zaitun sehingga sedikit garing. *Asingkan.
4.      Toskan pasta, masukkan ke dalam tomato yang sudah dikeluarkan dari oven. Tambahkan cili (jika mahu pedas), daun selasih, tambahan minyak zaitun, brsama garam dan lada hitam secukup rasa.
5.      Hidangkan ketika panas dengan menabur keju Parmesan.


     
    Pasta Vermicelli Allo Zafferano Besout


  

    Bahan-bahan:

·         350g vermicelli kering
·         Garam
·         Lada hitam
·         Serbuk kunyit
·         Hirisan sosej ayam atau daging
·         200ml krim pekat
·         50g keju Parmesan (sediakan lebih untuk hidangan)
·         2 biji kuning telur

   Cara penyediaan:
1.       Didihkan air bersama sedikit garam
2.      Letakkan pasta sekaligus dan tunggu sehingga air mendidih kembali. Kacau perlahan-lahan.
3.      Masak dalam masa 2-3 minit. Pastikan jangan terlalu lembik. Tos dan asingkan.
4.      Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam kuali tambahkan 2 sudu besar air biarkan sehingga mendidih.
5.      Masukkan sosej ke dalam kuali yang mengandungi kunyit, krim pekat, keju Parmesan, garam dan lada hitam secukup rasa.
6.      Panaskan perlahan-lahan. Kacau selalu.
7.      Apabila krim mula mendidih, angkat kuali dan masukkan kuning telur. Kacau hingga sebati, masukkan garam dan lada hitam.
8.      Masukkan pasta tadi dan gaul hingga sebati. Hidangkan ketika panas. Taburkan keju mengikut selera.



  

    Pasta Fettuccine all’Alfredo


  
   Bahan-bahan:

·         50g mentega
·         200ml krim pekat
·         50g keju Parmesan (sediakan lebih untuk hidangan)
·         Garam
·         Lada hitam
·         350g pasta fettuccine atau tagliatelle

   Cara penyediaan sos:
1.       Cairkan mentega di dalam kuali.
2.      Tambahkan krim pekat dan renehkan menggunakan api yang perlahan selama 5 minit. Kacau dan tambahkan keju Parmesan bersama garam dan lada hitam secukup rasa.
3.      Padamkan api.

   Cara penyediaan pasta:
1.       Didihkan air bersama sedikit garam.
2.      Letakkan pasta sekaligus dan tunggu sehingga air mendidih kembali. Kacau perlahan-lahan.
3.      Masukkan dalam masa 2-3 minit. Pastikan jangan terlalu lembik.
4.      Toskan pasta.

   Cara menghidang:
1.       Panaskan kuali yang mengandungi krim tadi, masukkan pasta sekaligus dan gaul hingga sebati.
2.      Tambahkan lada hitam jika perlu.
3.      Hidangkan dengan menabur keju parmesan jika perlu.




No comments:

Post a Comment